Tentang Kami
Kisah Seri Talam Cat Cafe bermula dengan semangat gigih Puan Zaiton untuk memperkenalkan kembali hidangan kuih muih tradisional yang semakin dilupakan masa kini.
Seri Talam Zaiton dibuka sebagai sebuah perniagaan kecil yang menjual dan membekalkan lebih dari 50 jenis kuih muih talam dan kuih muih tradisional.
Sambutan dari pelanggan amat menggalakan. Pada masa yang sama Puan Zaiton seorang pencipta kucing dan giat menyelamatkan kucing-kucing jalanan.
Atas dasar kasih sayang terhadap mahkluk Allah tersebut dan hasrat tinggi untuk memperkenalkan kuih-kuih tradisional maka wujudlah Seri Talam Cat Cafe pada tahun 2010.
Konsep Seri Talam Cat Cafe membangkitkan satu daya tarikan yang luar biasa dimana pengunjung boleh menikmati keunikan kuih-kuih talam, salah satu menu utama yang menjadi “signature” di cafe.
Pengunjung juga boleh menyelami pengalaman baru yang tidak disediakan di tempat-tempat lain, yang mana mereka berpeluang bermesra dengan kucing-kucing jinak yang terpelihara dengan penuh kasih sayang di Galeri Kucing Seri Talam.
Dengan ini terbentuklah sebuah “Taman” yang penuh dengan keunikan, keindahan dan kecintaan; sebuah cafe yang memperjuangkan hasrat yang mulia dan inisiatif yang ikhlas untuk menyelamatkan kucing-kucing terbiar dan memperkenalkan pengalaman unik dalam dunia cafe.
Galeri Kucing Seri Talam
Dibuka pada setiap hari
Waktu Lawatan : 12:30 pm – 6:00 pm
Sila buat booking terlebih dahulu sebelum hadir.
Liputan Media
Galeri Kucing kami juga mendapat liputan dari rakan media
Link artikel asal :
Bernama